Sekolah Persendirian Cina di Selangor Menerima Bantuan

12/17/2015 00:00

Empat sekolah persendirian Cina terima bantuan RM2 juta

 

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM,  16 OKT:  Sebanyak empat sekolah persendirian Cina menerima sumbangan  cek  bernilai  RM 2 juta daripada Kerajaan Negeri, semalam.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal  Insan, Teknologi  dan  Inovasi,  Nik  Nazmi  Nik  Ahmad,  berkata  pihaknya  dalam  usaha  mempertingkatkan kualiti  pendidikan negeri dengan membantu menyediakan persekitaran  sekolah  yang  kondusif  untuk  pembelajaran.

niknazmi“Sumbangan diberi  sebagai  penghargaan  kepada  S ekolah  Persendirian  kerana  pembangunan  negeri  serta  menghasilkan  modal  insan  yang  berkualiti.

“Saya kagum dengan watak dan pembawakan Sekolah Kwang Hwa sebagai sebuah institusi pendidikan, yang mengingatkan saya kepada madrasah tradisional, sekolah katolik dan sekolah awam British,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu penyampaian cek yang diadakan di Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua,Taman Eng Ann, Klang.

Selain bantuan ke sekolah persendirian, Nik Nazmi berkata bantuan sama akan turut dihulurkan ke institut pengajian tinggi.

Katanya, antara langkah yang telah diambil adalah mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) di peringkat negeri, Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

“KUIS juga telah mula mengiktiraf UEC di dalam beberapa program,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Pengangkutan, Teng Chang Kim dan Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V. Ganabathirau.